Ish ish.. apa nak jadi dengan kelas ni,” keluh Cikgu Daniel setiap kali masuk ke kelas 3 Mesra. “Murid-murid, sila duduk ditempat masing-masing.” Arah Cikgu Daniel. Cikgu Daniel terus memulakan pengajaran pada waktu itu tanpa mempedulikan murid-murid yang masih berkeliaran dalam bilik darjahnya. Apabila sesi pengajaran berakhir, Cikgu Daniel terus meninggalkan kelas tanpa mempedulikan murid-murid yang masih leka dengan hal masing-masing.
Berikut adalah senario kelas 3 Mesra yang di hadapi oleh Cikgu Daniel. Menerusi senario ini, murid-murid kelas 3 Mesra menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini apabila berada di dalam bilik darjah. Hal ini mengakibatkan sesi pengajaran dan pembelajaran Cikgu Daniel terganggu dan secara tidak langsung beliau akan merasas tertekan, hilang harapan serta putus asa untuk meneruskan pengajaran pada masa seterusnya. Di sini saya mencadangkan satu aktiviti yang boleh dilakukan oleh Cikgu Daniel bagi mengawal tingkah laku muridnya, Kelas 3 Mesra.
Dadu mempunyai 21 mata yang mempunyai 6 muka. Menerusi dadu, Cikgu Daniel dapat mengawal tingkah laku murid yang tidak di ingini kepada tingkah laku yang di ingini.
Langkah-langkah :
- Cikgu Daniel masuk ke kelas dengan membawa 2 biji dadu.
- Cikgu Daniel memanggil seorang murid kelas 3 Mesra ke hadapan kelas, mengikut urutan nama dalam kedatangan. Contohnya ; 'Amran, mari ke hadapan.'
- Cikgu Daniel memberikan kepada Amran 2 biji dadu tersebut dan di lontarkan dadu tersebut. Amran menambahkan kedua-dua mata dadu yang di lontarkan seterusnya mengira secara kuat. Contohnya ; 5+6 : 11. Dalam 11 kiraan, semua murid-murid di kehendaki duduk di tempat masing-masing dengan segera.
Di harapkan aktiviti ini dapat membantu Cikgu Daniel dalam mengawal tingkah laku murid-muridnya kelas 3 Mesra seterusnya menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada murid-muridnya. Selamat mencuba :)
No comments:
Post a Comment