Saturday, 2 March 2013

AKTIVITI 2: CARTA GERAK (MOVED CHART) DAN CARTA PUSING (SPINNER).


PENGENALAN

Carta gerak dan carta pusing ini merupakan salah satu aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru di dalam bilik darjah sebagai aktiviti peneguhan kepada para pelajar untuk melakukan tingkah laku sebagaimana yang diinginkan oleh guru. Carta gerak dan carta pusing ini mempunyai konsep yang hampir sama dengan konsep pemberian token. Menurut John W. Maag, (2004), di dalam teknik ini, pelajar akan memperoleh ganjaran apabila mereka melakukan tingkah laku yang diharapkan oleh guru.

KELEBIHAN AKTIVITI

Aktiviti ini mempunyai banyak kelebihan antaranya ialah, seperti berikut;
i.      Sebuah aktiviti yang menyeronokkan dengan unsur-unsur permainan.
ii.    Murid-murid akan berasa kurang tertekan dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh guru.
iii.   Dapat memberikan gambaran visual kepada pelajar  mengenai betapa dekatnya mereka untuk mendapatkan hadiah daripada guru,  Hal ini akan menjadikan pelajar sentiasa bersedia melakukan tingkah laku yang guru inginkan.
iv.   Menjadikan kelas lebih terurus.

LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN

Berikut adalah langkah-langkah untuk menjalankan aktiviti ini.
I.      Guru menyediakan satu gambar titik-ke-titik untuk setiap pelajar.
II.    Apabila pelajar melakukan tingkah laku yang diingini, pelajar mendapat peluang untuk menyambung titik pada gambar dengan pengawasan guru. Tetapi jika pelajar melakukan tingkah laku bermasalah, guru akan memadam sambungan titik-titik tersebut iaitu satu sambungan untuk setiap satu tingkah laku bermasalah, di hadapan pelajar itu, agar pelajar itu tahu akan kesalahan yang telah dilakukannya.
III.   Setelah titik-titik itu disambung sehingga ke ‘titik istimewa’, pelajar mendapat peluang untuk memutarkan carta pusing, di mana pada carta pusing tersebut terdapat gambar atau nama hadiah yang mereka akan dapat.
IV.  Sekiranya, gambar titik-ke-titik  itu telah siap, guru akan memberikan pelajar peluang sebanyak dua atau tiga kali untuk memutarkan carta pusing tersebut.




KESIMPULAN

Aktiviti ini adalah sebagai aktiviti peneguhan bagi membentuk persekitaran bilik darjah yang positif, di mana pelajar perlu mengikuti peraturan dan menjalankan rutin bilik darjah yang telah ditetapkan. Aktiviti ini bukan sahaja dapat menerapkan nilai tanggungjawab dan disiplin dalam kalangan ahli kelas namun dalam masa yang sama mempunyai unsur permainan yang mana membuatkan pelajar berasa seronok dan lebih bermotivasi.

6 comments:

  1. Wah, aktiviti yg bagus tuk mengelakkan pelajar tidur dan belajar tanpa tertekan...hehehe...sempoi n relex...goooooddd jooooobbbb :)

    ReplyDelete
  2. jamri... thnx for ur comment.. :) yela.. utk plajar2 suke tido cm ko.. tp tahniah jugak.. blog ko sgt2 menarik.. respect la ...

    ReplyDelete
  3. tak makan masa ke buat macam ni? kalau ramai yang berkelakuan diingini macam mana ye?

    ReplyDelete
  4. Aktiviti sebegini boleh dilaksanakan dalam perancangan pengajaran yang lebih panjang masanya..insyaAllah..

    ReplyDelete
  5. idea mmg bagus.... bleh la try time pbs....mana tau kena ganti kelas...haha.... kalau ada yg tido memang salah cikgu la...

    ReplyDelete
  6. insyaALLAH.. anda pon boleh apply kat PBS jugak.. :)

    ReplyDelete