Wednesday, 1 May 2013

AKTIVITI 6 - TEPUK-TEPUK "TERBAIK"

SITUASI 

Ish ish.. apa nak jadi dengan kelas ni,” keluh Cikgu Daniel setiap kali masuk ke kelas 3 Mesra. “Murid-murid, sila duduk di tempat masing-masing.” Arah Cikgu Daniel. Cikgu Daniel terus memulakan pengajaran pada waktu itu tanpa mempedulikan murid-murid yang masih berkeliaran dalam bilik darjahnya. Apabila sesi pengajaran berakhir, Cikgu Daniel terus meninggalkan kelas tanpa mempedulikan murid-murid yang masih leka dengan hal masing-masing.


PENYELESAIAN 

- Oleh yang demikian, bagi mengekang dari masalah di atas terus berlaku kepada  Cikgu Daniel apabila beliau  masuk ke dalam kelas lagi, saya mencadangkan supaya Cikgu Daniel mengadakan aktiviti yang ringan dan santai agar mereka lebih relaks dan bersedia menerima ilmu seterusnya iaitu, mengadakan  tepuk - tepuk " terbaik ". 

- Aktiviti ini haruslah terus dilakukan jika guru melihat murid bising, tidak bersedia, tidak duduk di tempat masing-masing dan sebagainya. Bagi Cikgu Daniel, masalahnya apabila beliau masuk ke  kelas, beliau tidak tahu bagaimana cara mengawal kelas dari bising,duduk di tempat masing-masing dan murid sukar  mendengar arahannya . Jadi tepuk -tepuk terbaik ini relevan dilakukan oleh Cikgu Daniel pada permulaan beliau masuk ke dalam kelas sebelum beliau memulakan pengajarannya . 

TEPUK-TEPUK TERBAIK 


Langkah-langkah:
  1. Cikgu Daniel  masuk ke dalam kelas dengan memberikan senyuman. 
  2. Di dalam keadaan kelas sedang bising, beritahu mereka bahawa Cikgu Daniel hendak mengajar sejenis tepuk - tepuk yang  terbaru. 
  3. Murid akan memberi respon jika sesuatu yang menyeronokkan akan diajar dan dilakukan oleh guru 
  4. Kemudian, rangsang mereka duduk ditempat masing-masing. jika tidak Cikgu Daniel tidak akan membuat tepukan tersebut. 
  5. Mula-mula,  Cikgu Daniel memberi arahan supaya mereka bertepuk tangan secara bebas. 
  6. Cikgu Daniel memberitahu bahawa mereka akan mempelajari tepukan yang dinamakan  tepuk-tepuk "terbaik" .
  7. Kemudian Cikgu Daniel mengajar murid-murid bertepuk dengan cara tepuk-tepuk "terbaik". 
  8. Murid-murid mengikut Cikgu Daniel  untuk tepuk "terbaik" . 
  9. Murid bertepuk tangan dengan tepuk "terbaik" dengan sendiri. 


Cara-cara Tepuk-tepuk Terbaik: 

  • Tepukan Pertama: Tepuk dua kali sambil menyebut "Saya terbaik! " (ibu jari diarahkan kepada diri sendiri) 
  • Tepukan Kedua: Tepuk dua kali sambil menyebut "Kami Terbaik" (ibu cari diarahkan kepada orang lain)
  • Tepukan ketiga: Tepuk dua kali sambil menyebut " Alhamdulillah" ( menadahkan tangan ke atas tanda bersyukur)
  • Ulang semula cara pertama sehingga ketiga.

KESIMPULAN 

Pengajaran tepuk-tepuk terbaik ini mestilah dijadikan rutin pengajaran Cikgu Daniel sebelum memulakan pengajaran dan berakhirnya pengajaran supaya murid mendapat semangat atau bersedia dengan setiap arahan guru yang seterusnya. 

Ok.. Selamat beramal Cikgu Daniel!  Semoga Berjaya! Terima Kasih.. 

Tuesday, 30 April 2013

AKTIVITI 5 : MASKOT-BONEKA


Aktiviti 5 : Maskot-boneka.

Masalah yang dihadapi oleh Cikgu Daniel ialah murid tidak mengendahkan beliau semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hal ini mungkin berlaku akibat daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang beliau jalankan adalah kurang menarik dan membosankan. Bagi mengatasi masalah ini, saya mencadangkan agar cikgu Daniel melakukan aktiviti ‘Maskot-boneka’. Bagaimana? Senang sahaja, sebagai contoh, sekiranya pada hari itu cikgu Daniel ingin mengajar mata pelajaran Sains di bawah tema haiwan, cikgu Daniel boleh memakai maskot haiwan atau membawa boneka haiwan ke dalam kelas. Berikut adalah contoh maskot dan boneka yang boleh digunakan:




Gambar 1.0 : Maskot harimau

Gambar 1.1 : Boneka tangan

Gambar 1.2 : Boneka tangan

Aktiviti ini ialah sebagai aktiviti penarik atau lebih tepat lagi sebagai set induksi yang dilakukan dengan tujuan menarik perhatian pelajar untuk memberi fokus dan mendatangkan tanda tanya kepada murid terhadap isi pelajaran yang akan disampaikan oleh cikgu Daniel pada hari itu. 




AKTIVITI 4 : DADU 'SENYAP' !


Ish ish.. apa nak jadi dengan kelas ni,” keluh Cikgu Daniel setiap kali masuk ke kelas 3 Mesra. “Murid-murid, sila duduk ditempat masing-masing.” Arah Cikgu Daniel. Cikgu Daniel terus memulakan pengajaran pada waktu itu tanpa mempedulikan murid-murid yang masih berkeliaran dalam bilik darjahnya. Apabila sesi pengajaran berakhir, Cikgu Daniel terus meninggalkan kelas tanpa mempedulikan murid-murid yang masih leka dengan hal masing-masing.
            Berikut adalah senario kelas 3 Mesra yang di hadapi oleh Cikgu Daniel. Menerusi senario ini, murid-murid kelas 3 Mesra menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini apabila berada di dalam bilik darjah. Hal ini mengakibatkan sesi pengajaran dan pembelajaran Cikgu Daniel terganggu dan secara tidak langsung beliau akan merasas tertekan, hilang harapan serta putus asa untuk meneruskan pengajaran pada masa seterusnya. Di sini saya mencadangkan satu aktiviti yang boleh dilakukan oleh Cikgu Daniel bagi mengawal tingkah laku muridnya, Kelas 3 Mesra.

Dadu mempunyai 21 mata yang mempunyai 6 muka. Menerusi dadu, Cikgu Daniel dapat mengawal tingkah laku murid yang tidak di ingini kepada tingkah laku yang di ingini.


Langkah-langkah :

  1. Cikgu Daniel masuk ke kelas dengan membawa 2 biji dadu.
  2. Cikgu Daniel memanggil seorang murid kelas 3 Mesra ke hadapan kelas, mengikut urutan nama dalam kedatangan. Contohnya ; 'Amran, mari ke hadapan.'
  3. Cikgu Daniel memberikan kepada Amran 2 biji dadu tersebut dan di lontarkan dadu tersebut. Amran menambahkan kedua-dua mata dadu yang di lontarkan seterusnya mengira secara kuat. Contohnya ; 5+6 : 11. Dalam 11 kiraan, semua murid-murid di kehendaki duduk di tempat masing-masing dengan segera.
Di harapkan aktiviti ini dapat membantu Cikgu Daniel dalam mengawal tingkah laku murid-muridnya kelas 3 Mesra seterusnya menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada murid-muridnya. Selamat mencuba :)