Wednesday 1 May 2013

AKTIVITI 6 - TEPUK-TEPUK "TERBAIK"

SITUASI 

Ish ish.. apa nak jadi dengan kelas ni,” keluh Cikgu Daniel setiap kali masuk ke kelas 3 Mesra. “Murid-murid, sila duduk di tempat masing-masing.” Arah Cikgu Daniel. Cikgu Daniel terus memulakan pengajaran pada waktu itu tanpa mempedulikan murid-murid yang masih berkeliaran dalam bilik darjahnya. Apabila sesi pengajaran berakhir, Cikgu Daniel terus meninggalkan kelas tanpa mempedulikan murid-murid yang masih leka dengan hal masing-masing.


PENYELESAIAN 

- Oleh yang demikian, bagi mengekang dari masalah di atas terus berlaku kepada  Cikgu Daniel apabila beliau  masuk ke dalam kelas lagi, saya mencadangkan supaya Cikgu Daniel mengadakan aktiviti yang ringan dan santai agar mereka lebih relaks dan bersedia menerima ilmu seterusnya iaitu, mengadakan  tepuk - tepuk " terbaik ". 

- Aktiviti ini haruslah terus dilakukan jika guru melihat murid bising, tidak bersedia, tidak duduk di tempat masing-masing dan sebagainya. Bagi Cikgu Daniel, masalahnya apabila beliau masuk ke  kelas, beliau tidak tahu bagaimana cara mengawal kelas dari bising,duduk di tempat masing-masing dan murid sukar  mendengar arahannya . Jadi tepuk -tepuk terbaik ini relevan dilakukan oleh Cikgu Daniel pada permulaan beliau masuk ke dalam kelas sebelum beliau memulakan pengajarannya . 

TEPUK-TEPUK TERBAIK 


Langkah-langkah:
  1. Cikgu Daniel  masuk ke dalam kelas dengan memberikan senyuman. 
  2. Di dalam keadaan kelas sedang bising, beritahu mereka bahawa Cikgu Daniel hendak mengajar sejenis tepuk - tepuk yang  terbaru. 
  3. Murid akan memberi respon jika sesuatu yang menyeronokkan akan diajar dan dilakukan oleh guru 
  4. Kemudian, rangsang mereka duduk ditempat masing-masing. jika tidak Cikgu Daniel tidak akan membuat tepukan tersebut. 
  5. Mula-mula,  Cikgu Daniel memberi arahan supaya mereka bertepuk tangan secara bebas. 
  6. Cikgu Daniel memberitahu bahawa mereka akan mempelajari tepukan yang dinamakan  tepuk-tepuk "terbaik" .
  7. Kemudian Cikgu Daniel mengajar murid-murid bertepuk dengan cara tepuk-tepuk "terbaik". 
  8. Murid-murid mengikut Cikgu Daniel  untuk tepuk "terbaik" . 
  9. Murid bertepuk tangan dengan tepuk "terbaik" dengan sendiri. 


Cara-cara Tepuk-tepuk Terbaik: 

  • Tepukan Pertama: Tepuk dua kali sambil menyebut "Saya terbaik! " (ibu jari diarahkan kepada diri sendiri) 
  • Tepukan Kedua: Tepuk dua kali sambil menyebut "Kami Terbaik" (ibu cari diarahkan kepada orang lain)
  • Tepukan ketiga: Tepuk dua kali sambil menyebut " Alhamdulillah" ( menadahkan tangan ke atas tanda bersyukur)
  • Ulang semula cara pertama sehingga ketiga.

KESIMPULAN 

Pengajaran tepuk-tepuk terbaik ini mestilah dijadikan rutin pengajaran Cikgu Daniel sebelum memulakan pengajaran dan berakhirnya pengajaran supaya murid mendapat semangat atau bersedia dengan setiap arahan guru yang seterusnya. 

Ok.. Selamat beramal Cikgu Daniel!  Semoga Berjaya! Terima Kasih..