Wednesday 27 February 2013

AKTIVITI 1 : " MELUKIS DAN MEWARNA DI DALAM KELAS"


Cikgu Daniel menghadapi masalah dalam merancang melakukan aktiviti yang mewujudkan suasana pembelajaran yang positif di dalam kelasnya. Aktiviti dibawah adalah sebagai panduan dan cadangan  kepada Cikgu Daniel dalam menyelesaikan masalah tingkahlaku bermasalah didalam kelasnya. 


Aktiviti " Melukis dan Mewarna" !  :) :)  ^_^

 PENGENALAN AKTIViTI 


  • Aktiviti melukis dan mewarna pada permulaan pengajaran adalah aktiviti yang boleh digunakan guru bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang positif disamping memupuk sosio-emosi pelajar untuk belajar.
  • Aktiviti seperti ini mampu merangsang pelajar untuk aktif di dalam kelas. ia juga mengundang rasa seronok kepada para pelajar.



Rajah 1 Lukisan di dalam Set Induksi 

ALIRAN  PERLAKSANAAN AKTIViTI 

Gunakan set induksi untuk menjalankan aktiviti  melukis dan mewarna ini. Galakkan murid untuk membuat hasil tangan sendiri  ---à   Guru merangsang emosi pelajar dengan bertanyakan  tentang perasaan pelajar  hari ini  ---à  Kemudian Murid dikehendaki menterjemahkan di dalam kertas lukisan yang diberikan oleh guru. ---à Guru merangsang pelajar melukis apa-apa saja yang mereka bayangkan--à  menghias dan mewarna lukisan di dalam kelas  -----à Meminta seorang demi seorang pelajar datang kehadapan menerangkan apa yang mereka lukiskan kepada rakan - rakannya dihadapan kelas.



  • guru merangsang pelajar melukis dan mewarna mengikut kebebasan mereka ataupun mengikut pengajaran guru pada hari tersebut. Contohnya guru hendak menerangkan tentang tajuk " Keluarga Bahagia" pada pengajarnnya. Jadi guru perlu merangsang emosi murid dengan melukis rumah dan ahli keluarga mereka.
  • Seterusnya, setelah proses lukis adalah proses  mewarna oleh murid. Proses mewarna sebenarnya dapat merangsang pemikiran dan ingatan murid supaya mudah mengingati sesuatu perkara atau pembelajaran. Guru mula mengaitkan apakah topik pembelajaran yang hendak diajarkan oleh guru.  
  • Pada akhir kelas, guru boleh menggantung dan mempamerkan hasil kerja tangan mereka seperti hasil lukisan.  Guru perlulah memberi dorongan kepada mereka dalam penghasilan karya seni di mana ia menggambarkan identiti mereka.  


Terpulang kepada seseorang guru dalam melaksanakan aktiviti ini samada melakukannya dalam set induksi untuk pengajarannya atau sebagai aktiviti bebas kelas tersebut. Yang pasti aktiviti ini sudah cukup untuk mewujukan =suasana pembelajaran yang positif didalam kelas. 

- KEBAIKAN AKTIVITI 
  • Melalui aktiviti seperti ini ia dapat mengukuhkan dan mengeratkan hubungan antara guru dan murid itu sendiri selain ia dapat mewujudkan suasana pembelajaran Positif di dalam bilik darjah. 
  • Selain itu juga, melalui aktiviti seperti ini dapat memudahkan ingatan murid terhadap sesuatu pembelajaran dan topik yang diajarkan.
  • Ia juga dapat merangsang emosi pelajar untuk  belajar .
  • Memudahkan dan menggalakkan  komunikasi  positif murid melalui penerangan apa yang dilukiskan kepada rakan dihadapan kelas .
  •  mewujudkan perlaksanaan aktiviti pembelajaran murid supaya murid boleh berkongsi idea antara satu sama lain, bekerjasama , berinteraksi  dan berfikiran lebih terbuka

      KESIMPULAN
  • kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan memberi kesan yang positif kepada perkembangan nilai murni, perpaduan dan kerjasama antara murid tanpa mengira bangsa justeru ia menjadi penyumbang utama dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran positif dalam bilik darjah. 

Rajah  2 dan 3 : Murid kelihatan tekun dan bersungguh-sungguh dalam aktiviti melukis dan mewarna. 


Tuesday 26 February 2013

'Classroom focus in the 1st 5 minutes of the day'


Carol Ross (1994), bukunya Making Your Classroom Work-Tried and True Organization and Management Strategies,

That 1st five minutes of the day, Train yourself to be at the door of your classroom to greet the students when they arrived. The settling influence and welcoming atmosphere you create will be worth the extra little bit of effort. A few 'spontaneous' personal comments to individuals as they pass through the door can really make a difference as to how students start the day :

"Did you have a good sleep?"
"That look likes a new haircut"

At the beginning of each month, establish 'Classroom Focus' as part of your routine. This become the first task of the day. You can try any number of monthly topics :


  • RINGO (Reading Is Now Going On)
  • Response Journals
  • Creative Thinking
  • Logical Thinking
  • Personal Spelling Lists
  • Paired Reading