Tuesday 12 March 2013

AKTIVITI 3 : PERLAKUAN BADAN


Ish ish.. apa nak jadi dengan kelas ni,” keluh Cikgu Daniel setiap kali masuk ke kelas 3 Mesar. “Murid-murid, sila duduk ditempat masing-masing.” Arah Cikgu Daniel. Cikgu Daniel terus memulakan pengajaran pada waktu itu tanpa mempedulikan murid-murid yang masih berkeliaran dalam bilik darjahnya. Apabila sesi pengajaran berakhir, Cikgu Daniel terus meninggalkan kelas tanpa mempedulikan murid-murid yang masih leka dengan hal masing-masing.
            Berikut adalah senario kelas 3 Mesra yang di hadapi oleh Cikgu Daniel. Menerusi senario ini, murid-murid kelas 3 Mesra menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini apabila berada di dalam bilik darjah. Hal ini mengakibatkan sesi pengajaran dan pembelajaran Cikgu Daniel terganggu dan secara tidak langsung beliau akan merasas tertekan, hilang harapan serta putus asa untuk meneruskan pengajaran pada masa seterusnya. Di sini saya mencadangkan satu aktiviti yang boleh dilakukan oleh Cikgu Daniel bagi mengawal tingkah laku muridnya, Kelas 3 Mesra.

Pergerakan bukan lokomotor adalah keupayaan pergerakan yang dapat di lakukan oleh badan yang berada di suatu tempat yang khusus. Contohnya melakukan pergerakan ketika berdiri, duduk, melutut, baring, dan lain-lain posisi lagi. Murid-murid di galakkan supaya melakukan pergerakan "di satu tempat" atau "apa yang dapat saya lakukan dengan badan tanpa pergi ke tempat lain." Pergerakan bukan lokomotor adalah seperti :

  • Mengilas badan
  • Memusing
  • Meregang
  • Menunduk
  • Menghayun
  • Mengangkat
  • Menolak
  • Menarik
  • Menjatuh
  • Menggoncang
  • Melantun
  • Membuai badan
Di sini saya sertakan beberapa rajah pergerakan bukan lokomotor yang boleh di lakukan di dalam kelas sebagai energizer sebelum memulakan proses P&P. 

1. Menghayun - Merupakan pergerakan lentikan pergi dan balik semula yang dilakukan dengan tubuh badan, tangan atau kaki.

2. Menolak  dan menarik
Berlaku apabila daya dilakukan ke suatu arah daripada satu tempat khusus. Daya perlakuan menentang suatu objek menjadikan pergerakan menolak.
3. Mengilas
Berlaku apabila bahagian atas badan berpusing  dan bahagian bawah hanya berada di satu tempat sahaja.



Langkah-langkah :

  1. Cikgu Daniel masuk ke kelas 3 Mesra yang sedang tidak terkawal, bising (berkeliaran).
  2. Cikgu Daniel berdiri di hadapan kelas, tanpa mengeluarkan apa-apa arahan, Cikgu Daniel terus melaksanakan pergerakan yang dikehendakinya. Contoh pergerakan menolak dan menarik (panggil seorang murid ke hadapan bersamanya)
  3. Murid-murid akan melakukan pergerakan tersebut bersama rakannya.
  4. Pergerakan di ulang 5 kali.
  5. Akhir sekali. setelah selesai pergerakan, murid-murid berdiri telah berdiri di tempat masing-masing dan Cikgu Daniel membenarkan semua murid duduk.
  6. Sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan dalam keadaan yang terkawal
Pergerakan ini boleh dilakukan menerusi 1 pergerakan 1 hari. Di samping dapat mengawal tingkah laku murid, pergerakan-pergerakan ini dapat membantu murid lebih menumpukan perhatian semasa Cikgu Daniel mengajar kerana murid-murid berada dalam keadaan yang cergas. Oksigen yang cukup sampai ke otak murid-murid akan membantu mereka lebih cepat mengingat pembelajaran yang di sampaikan oleh Cikgu Daniel.

Moga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu Cikgu Daniel khususnya, dan para pembaca umumnya dalam mengawal tingkah laku murid di dalam kelas. Selamat mencuba :)

4 comments:

  1. energizer ni menarik tapi kalau nak dapatkan tumpuan murid kita kena buat energizer yang lain dari yang lain.

    insyaAllah ok sangat utk kawalan kelas dan menarik balik perhatian murid :)

    guna muzik dik. menarik punya!

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih sudi melawat blog kami.. Ok kak.. Terima kasih sekali lagi untuk percambahan idea.. Muzik :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ya akhi ya ukhti....
    idea nie bagus... boleh gerakkan otak kanan dan kiri... yg nie utk pendidikan jasmani...dlm kelas cikgu kena fikir gerakan yg sesuai sbb pelajar perempuan pakai kain...supaya x terselak...haha...ape2 pon teruskan berinovasi...

    ReplyDelete
  4. terima kaseh atas idea yang memberangsangkan tu.. tak terpk lagsung yang budak2 tu terbatas sbb pakaian mereka.. apa2 pon kami cba create something new,,, :)

    ReplyDelete