Thursday 14 March 2013

Pengenalan & Definisi Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku


Pengenalan dan Definisi Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku






Pengenalan:
       Pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah adalah penting kepada kepada guru-guru.
       Pengurusan bilik darjah komponen penting dalam  latihan perguruan kerana murid tidak boleh belajar tanpa ketertiban dalam bilik darjah.
       Pembelajaran serta potensi pelajardapat ditingkatkan apabila guru-guru memahami serta mengaplikasikan strategi pengajaran yang berdasarkan kepada teori perkembangan pelajar serta mengetahui dasar-dasar bagi pembelajaran yang berkesan.

Definisi:
          Lemlech (1988): 
Ø    Ibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan di  bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosuder dan sumber pengajaran.
Ø    Menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin timbul.

          Hall (2000):

Ø  Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan.
Ø  Pengurusan bilik darjah melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan menguruskan kerja murid.
Ø  Pengurusan yang efektif dalam bilik darjah haruslah bersifat proaktif, responsif dan menyokong.

·         Levin dan Nolan (2004):

Ø  Menurut mereka adalah mudah membezakan antara dimensi arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan memberikan tumpuan kepada pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri

      PERATURAN BILIK DARJAH


PERATURAN BILIK DARJAH
1. Sentiasa duduk di tempat masing-masing dan bersedia untuk menerima pelajaran dari guru.
2. Membawa buku dan alat-alat yang diperlukan sewaktu sesi pembelajaran.
3. Sentiasa mendengar dan bercakap bila perlu sahaja.
4. Menghantar setiap tugasan yang diberikan pada waktu yang telah ditetapkan.
5. Sentiasa memastikan bilik darjah dalam keadaan yang bersih dan teratur.
6. Elakkan pembaziran.
7. Menjaga hak kerajaan dan persendirian dengan baik.
8. Tidak menipu.
9. Sentiasa berbudi bahasa dan hormat menghormati antara satu sama lain.
10. Sentiasa mematuhi arahan guru. Keep me happy and I'll do a better job for you!





No comments:

Post a Comment